Wednesday, July 27, 2011

Terasa Nak Kawen Pulak..

Entah kenapa tiba2 hari ni Intan rasa cam xsabar2 nak kawen..semangat sangat..
semuanya disebabkan cemburu tengok kawan2,,sepupu & sanak saudara yang da kawen semua nya bahagia bersama pasangan masing2..
Mula lah terpikir tentang tema,pakaian & majlis yang macam mana Intan akan buat untuk majlis intan nanti..
Intan sukakan tema yang berkongsepkan moden penuh dengan bunga..kira macam gardern morden macam tu la..
Warna baju nikah pula Intan nak kan warna Kelabu (silver),untuk majlis sanding Intan inginkan warna Hitam & Putih..untuk majlis sambut menantu pula Intan ikut sebelah lelaki untuk pilih warna yang dia suka..
kuatnya lah Intan ni berangan..heheheh..Harap2 dapat lah buat apa yang Intan inginkan..   

Sunday, May 8, 2011

Shoot Couple at Studio Anjung.. 2nd

Shoot With Fitri at Anjung Studio..
for rehearsal contents Model Muslimah 21/5/2011 at Cyberjaya.2 nd session


Nie sesi kedua shoot utk hari tu..
waktu nie kami dah ok ckit..xder da malu2 kucing & pose pon da bertambah baik..



Fitri bergaya dengan memakai baju melayu Biru sedang aku pula memakai kain yang juga bewarna biru.sebenarnya aku xbawa baju kurung untuk shoot kali ini..nasib baik kat studio ada kain pasang yang bewarna biru..
aku dengan creative nyer balut lah kain tu ketubuh aku ala2 sari gitu,,tapi versi menutup aurat.
banyak juga gaya yang dapat kami lakukan untuk hari tu..aku rasa happy sangat sebab aku dapat melakukannya dengan baik.


aksi aku pada hari tu banyak berunsurkan seorang wanita yang manja & gedik..(heheh,,xpernah aku buat cm tu dengan lelaki melainkan org yg rapat ngan aku..)

agak penat juga hari tu..yer la,,dalam sedar xsedar shoot kami hari tu berakhir jam 8.30 mlm..tak macam sebelum2 nie..shoot kami akan tamat pada jam 7 mlm jer..
tapi semuanya berbaloi dengan terkumpulnya gambar yang cantik & pose yang menarik..
ini antara pose yang paling aku suka..
Aku harap sangat dengan kerja keras kami ini akan melayakkan kami untuk memenangi pertandigan tersebut..
doa dari sahabat2 semua amatlah kami harapkan..



Thanks to all...Love U All..


Shoot Couple at Studio Anjung..

Shoot With Fitri at Anjung Studio..
for rehearsal contents Model Muslimah 21/5/2011 at Cyberjaya.

Pertama kali bertentang mata,aku dapat merasakan bahawa fitri adalah org yang paling sesuai untuk berdampingan dengan aku dalam pertandingan ini,,memang pada mula kami agak kekok,namun apabila setiap org yang berada di studio memberikan tunjuk ajar & semangat,kami akhirnya dapat melakukannya dgn baik..
dari 1 ke 1 pose kami cuba lakukan supaya kami dapat pose yg terbaik sebelum kami mula bertanding..

masih banyak yang perlu kami belajar..harap2 kami berada dalam kategori terbaik..

Nasib kami baik kerana kami mempunyai photog yang mahir & berkebolehan..kami juga mempunyai ramai guru dalam mengajar kami bagaimana pose yang menari & sesuai..Shoot nie memang menguji kesabaran setiap org yg berada di studio..mana taknya,,bila kami saling berpandangan dan cuba menyelami perasaan masing2,,pasti salah seorg dari kami akan tergelak atau tersenyum..terutama sekali aku lah..
aku agak kekok bila berdepan dengan lelaki..(hehhe,,malu2 kucing)
tpi bila dah lama tu,,aku jadi dah biasa dengan fitri..
fitri juga memberikan kerjasama yang baik wlupun kami baru kenal & ini adalah kali pertama aku digandingkan dengan fitri..

suasana di studio juga membuatkan aku mudah untuk beraksi di depan kamera.walaupun ramai yg menyaksikan kami namun aku sukakannya kerana jika hanya aku dan fitri sahaja pasti kami tak dapat lakukannya dengan baik.


aku senang bekerja dengan Fitri..
walaupun hanya tiang lampu sahaja yang ada untuk dijadikan prop tapi kami dapat lakukannya..
shoot utk hari tu memang menyeronokkan dan benar2 membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar & berusaha lebih untuk meraih kejayaan..
thanks to all members yg banyak support intan selama nie..

Sunday, April 24, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Ini adalah cerita dari kawan saya yang paling rapat..

Bermulalah era baru didalam hidup dia. Era seorang Playboy. Dengan berbekalkan asset yang dimiliki, dia mulakan era tersebut dengan niat dan prasaan ingin mempermainkan hati kaum yang digelar ‘hawa’. Bagi dia atas sebab apa hendak setia pada gadis2 sedangkan kesetiaan dia dipermain dan diperkotak-katikkan..? Sesudah 2 kali dia dicurangi oleh makhluk yang bergelar PEREMPUAN itu walaupun segala kesetiaan dan kepercayaan sudah diberi sepenuhnya. Sesudah hati menetapkan bahawa merekalah yang bakal permaisuri hidupnya tetapi tetap diperlakukan sedemikian rupa.. Buat apa setia??? Semasa cuti semester jugalah dia memulakan langkah. sampaikan pada satu masa, bukan 1, bukan 2 yang dia mainkan hati dan perasaan tapi 5 orang gadis serentak… Ganas tidak..??? hehe.. Nisa, Danita, Ida, Zurin dan Rushaida semuanya ditaburkan dengan janji2, kasih sayang dan kesetiaan yang palsu. Padan muka mereka..
Sampailah satu masa iaitu setelah dia mulakn pengajian di IPTA bagi semester baru, dia teruskan teruskan sifat Playboynya itu. Di saat hari pendaftaran bagi subjek bahasa asing, terlihatlah dia pada kelibat sorang gadis yang sangat ayu. Di dalam hatinya, itulah dia mangsa seterusnya.. Dan ia lebih membuak2 dengan dapat tahunya dia dari kawan2 lelaki yang baru dikenali mengatakan yang gadis itu seorang playgirl dan suka mempermainkn lelaki. Panas hati bukan kepalang. Dia cuba mendekati gadis tersebut dengan sifat dia yg agak gentleman dan agak pandai berlawak. Lagi2 bila mendapat tahu bahawa gadis itu sama kursus, sama kuliah bagi Bahasa France dan juga Technical Communication. Dia mulakan langkah untuk berkenal2 dengan gadis itu dan memikatnya dengan gayanya yang sememangnya menjadi bagi menjerat hati seorang gadis. Namanya Halimahtussaadiyah dan berasal dari Selangor. Lagi mudah kerjanya sebab memang gadis tersebut berasal dari negeri yang sama dengannya. Maka..tepat tarikh 8 July 2004, termeterailah bahawa mereka dah secara rasmi menjadi sepasang kekasih. Yelah.. Allah s.w.t tetap Yang Maha Berkuasa dan tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya. Dengan termeterainya perhubungan itu, niat yg berunsur permainan dan khianat sebelumnya telah bertukar sepenuhnya. Perkenalan itu membuatkan mereka sudah mengenal erti kesetiaan, kasih sayang dan cinta berlandaskan niat semata2 kerana Allah s.w.t kembali. Tiada lagi istilah playboy dan playgurl dalam diri mereka. Tiada lagi istilah curang, khianat atau mempermainkan hati. Yang mereka tahu.. Hanya kesetiaan, kepercayaan, jujur dan ikhlas pada perhubungan yang telah sedia terjalin. Dia telah pun memohon ampun dan maaf kepada bekas2 aweknya di saat playboy dahulu.Dia terpaksa menerangkan segala apa yang telah berlaku. Alhamdulillah.. Mereka semua memahami dan tiada lagi rasa marah atau terasa hati atas apa yg telah berlaku. Begitu juga kepada Halimahtussaadiyah. Apa yang dia lakukan Halimahtussaadiyah juga lakukan perkara yang sama kepada lelaki2 yang pernah dipermainkan. Mereka tidak hendak terus hidup di dalam sumpahan orang bagi apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Episod bahagia telah menjengah bagi mereka berdua. Dia tetap yakin pada kata hati bahawa Halimahtussaadiyah lah yang sebenar2nya jodoh yg tercipta baginya kurniaan Allah s.w.t baginya. Mereka bagaikan belangkas.kemana sahaja.. Kalau ada dia adalah Halimahtussaadiyah. Malahan studi, pergi kuliah atau makan mesti dilihat berdua.
Tetapi.. Ini juga menjadi masalah. IPTA yang mereka belajar adalah IPTA yang agak kuat pegangan agamanya. Mereka telah dipanggil atas sebab selalu dilihat berdua. Walaupun mereka tidak buat perkara2 yang menyakitkan mata, its still a sin right..?? Sampaikan sudah menjadi buah mulut orang akan keakraban mereka berdua. Memang tidak sedap didengar kalau begitu kan…??
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, mereka berdua telah mengambil keputusan bahawa pertunangan dan nikah gantung dahululah yang boleh menjadi jalan pnyelesaian. Mereka telah pun mengutarakan cadangan dan sebab2 ini kepada ibubapa masing2 dan ibubapa mereka telah pun bersetuju walau ditentang pada awalnya bagi  mengelak maksiat dan apa yang tidak baik terjadi lebih baik menyatukan mereka berdua disamping kedua2 belah pihak memang telah mengetahui betapa mereka berdua saling mencintai. Lagipun dia memang tidak kisah kerana memang telah ada simpanan untuk perkara sebegini  yang telah disimpan sejak sekolah lagi hasil kerja separuh masa di kala cuti. Awal bulan September, tahun 2005 termeterailah ikatan pertunangan mereka berdua.. Dan tarikh untuk nikah gantung mereka dirancang serta dijangka pada bulan Disember tahun yang sama. Sebelum bulan Ramadhan yang akan berlansung juga pada bulan September 2005 tersebut, gembira bukan kepalang mereka berdua disaat hari yang diidam2kn bakal tiba dan takkan ada lagi suara2 sumbang di IPTA.
Tapi… kuasa Tuhan lebih menentukan. Kita hanya boleh merancang. Tanggal 21 September 2005 iaitu 2 minggu selepas mereka bertunang, hadirlah suatu peristiwa yang amat sukar untuk dilupakan. Tarikh itulah yang meragut nyawa Halimahtussaadiyah, gadis yang paling dia cintai dan sayangi.. Halimahtussaadiyah meninggal di Hospital Besar K.L pada tepat pukul 9.30mlm,10 jam selepas mereka berdua kemalangan di Lebuhraya Elite. Dia telah mengalami patah 4 dikakinya dan dimasukkan besi. Halimahtussaadiyah pula mengalami gegaran pada otak yang agak kuat dann menyebabkan pendarahan di dalam kepala. Dia langsung tidak berpeluang untuk menghadiri pengebumian Halimahtussaadiyah pada keesokan harinya.
Bila dia mula sedar, soalan pertamanya ialah di mana Halimahtussaadiyah dan bagaimana keadaannya..?? Bagi mengelak kejutan pada dia dan atas nasihat doktor, ibubapanya dan Halimahtussaadiyah terpaksa menipu dengan mengatakan Halimahtussaadiyah tiada apa2 dan sedang dirawat di Hospital Besar K.L. Hari ke-6 puasa, dia dapat keluar hospital. Sepanjang berada di rumah, die sibuk bertanyakan pasal Halimahtussaadiyah dan ibubapanya hanya menjawab Halimahtussaadiyah ok n ok. Kerna takut terjadi apa2 padanya jika terus berselindung, ibubapanya meminta bantuan dari ibubapa Halimahtussaadiyah untuk mengatakan pada dia yang Halimahtussaadiyah telah pun kembali ke rahmatullah dan telahg selamat dikebumikn. Di saat mengetahui bahawa gadis yang paling disayanginya itu telah pun kembali pada Penciptanya membuatkan hidup dia jadi tidak keruan. makan tidak mahu, mandi apatah lagi. Asyik tidur dan menangis. Dia menjadi tidak terurus langsung. Ibubapanya membawa dia pergi berjumpa doctor dan diberi ubat penenang.
Tapi… Bermulalah lagi 1 episod malang buat dia. Setelah 3 minggu dari mengetahui bahawa Halimahtussaadiyah telah meninggal dunia, dia pun telah tenang kembali dan kembali seperti sediakala TAPI…….tanpa ingatan berkaitan Halimahtussaadiyah, IPTAnya, Matrikulasi dan apa yang berlaku dalam jangkamasa dari awal tahun 2003. Apa yang diingatinya hanyalah semasa baru tamat SPM dan perkara yang berlaku sebelumnya. Mungkin ada hikmah disebalik semua itu. Dalam pada dia tidak ingat apa2 itu, Familinya cuba membantu mengingatkan kembali apa yang berlaku di dalam 2-3 tahun kebelakangan itu. Ibubapa arwah Halimahtussaadiyah juga datang membantu. Tapi, family insan yang disayanginya itu juga dia tidak mengenalinya. Sedangkan siapa Halimahtussaadiyah dia tidak kenali… apatah lagi kawan2 di IPTA dan Matrikulasi. Mungkin Allah s.w.t ingin membuatkan dia tenang dan dapat menerima apa yang telah terjadi kepada arwah Halimahtussaadiyah, baru diizinknNya untuk dia ingat kembali..
Alhamdulillah…pada tengah bulan Mac tahun 2008, barulah ingatan dia kembali setelah puas dia berdoa dan solat sunat Hajat serta mengalunkan Al-Quran bagi memohon dari Tuhan agar diizinkan ingtannya kembali.
Apa yang telah berlaku pada Si Playboy ini ada hikmahnyakan…??? Dari apa yang telah terjadi, dia mendapat pengajaran iaitu… Jangan sesekali lebihkan kasih sayang kita pada manusia melebihi Allah dan RasulNya. Tuhan nak uji kita, Dia uji dengan pedih skalipun, kita kena kembali Redha pada segala ketentuanNya.
Sekarang ni dia hanya meneruskn kehidupan seperti biasa walau pedih, rindu untuk ditanganinya. Lagipun, di dalam mimpi dia arwah pernah hadir dan memberi kata2 yang membuatkn dia sedar apa yang patut dilakukannya sekarang.iaitu…”Abg..walaupun ayg dah takde di sisi abg skrg, abg teruskn kehidupan yer.. Abg capaikn apa yang menjadi impian abg selama ini. Ayg syg sgt2 pada abg dan akan terus menyayangi abg selamanya.” Lalu bayangan  arwah pergi dengan senyuman manis dan tenang dibibirnya.Kata2 itulah yang menjadi perangsang untuk dia yang pernah bergelar Playboy itu teruskan kehidupan dia sekarang.

**Al-Fatihah buat Allahyarhamah Halimahtussaadiyah Bt. Mohd Yusof (10 Dis 1985 – 21 Sept 2005). Impian dan cita2nya tetap diteruskan walau Halimahtussaadiyah tiada lagi disisinya…

Friday, April 15, 2011

Indahnya Cinta..

Setiap manusia pasti akan merasa apa  itu cinta...
Kerana cinta itu adalah 1 anugerah dari Allah buat kita hambaNYA.
Dan setiap manusia juga pasti akan merasa cinta kepada penciptanya iaitu Allah...
Cinta bukan hanya untuk kekasih..
Cinta juga untuk kedua ibubapa kita,,
Cinta sesama saudara,,
Cinta sesama sahabat,
Cinta sesama insan ,,
Dan juga cinta kepada semua makluk ciptaan Allah dimuka bumi ini..
Namun..
Cinta kepada Allah adalah yg paling indah..kerana  kita sentiasa bersamaNYA..
Disaat kita susah pasti kita akan meminta pertolongan dariNYA,
Disaat kita sedih pasti kita akan mengadu denganNYA,
Disaat kita gembira dan merasa bahagia kita akan mengucapkan syukur padaNYA..
Disaat kita sakit pasti kita berdoa memohon kesembuhan dariNYA,
Disaat kita buntu & memerlukan petunjuk,,pasti padanya jua kita meminta ketenangan hati..
Semua itu hanya Allah yg dapat memberikan dengan sebaik dan seiklasnya..
Allah sentiasa ada jika kita memerlukanNYA..
Namun kita juga sering melupakan NYA..
Kita sering Mengabaikan Tanggungjawab yang diberikan olehNYA..
Kita sering leka dalam mengejar cita2 di dunia dan kita terlepas dalam mengejar bahagia bersamaNYA (di syurga)
Kita selalu meminta padaNYA kebahagiaan didunia..tapi kita lupa akan kebahagiaan diakhirat.
Dan ada ketikanya kita langsung tidak terfikir akan DiriNYA
Namun Allah Tidak pernah lupa akan kita..

Wednesday, April 13, 2011

Model Muslimah Sambilan

Ingin Mencuba Bakat Dalam Bidang Modeling.
Email saya jika anda merasakan saya berbakat & mempunyai peluang yg cerah dalam bidang ini..
atau anda boleh lebih mengenali saya di Facebook saya : Intan Norazita Mohd Yunus 
Anda juga boleh lihat saya di  http://warisanchanteq.com/category/personaliti

Thursday, March 31, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Pose Utk Kad Raya




More about me please visit me at my facebook
Intan Norazita Mohd Yunus/ intanaim_luv@yahoo.com

Nie adalah sesi photoshoot aku kali ke 2 di Anjung Creative Studio 
yg terletak di Damansara Damai pada 19 Mac 2011..
waktu nie,aku baru je nak mula belajar pose..time nie aku pose untuk kad raya.
heheheh...best sangat hari tu..ramai yang ada kat studio..suasana nya yg riuh dengan gelak tawa
dan komen dari orang2 lama Anjung yg memberikan semangat & tunjuk ajar kepada aku.
banyak yg aku belajar hari tu..belajar cara pose dan belajar mencari posisi yg cantik dalam mendapatkan gambar yg cantik.
Namun masih banyak lagi yg aku kena belajar.. aku akan berusaha untuk menjadi seorang model yang berbakat & berkebolehan.aku harap lepas nie aku dapat lakukan yg terbaik dalam bidang nie..

Photo shoot at Studio 
Gadis Melayu & Model for Product 


Huhu..kaku je kan???nie kali ke2 shoot at studio Anjung..
time nie gementar gile sbb ramai yg tengok..tapi wat selamba je..
banyak buat salah time nie,,berdiri pon kaku je..
nasib ade yg tukang ajar...hehehhe..
Yg nie aku saje nk ubah & cuba pose duduk pulak..
heheh...menjadi jgk..
Ya Allah aku menadah tangan memohon petunjuk dari Mu Ya Allah..
yg nie shoot utk kad raya...xtau la jadi ke x??


Kasut sape tah aku bedal nie..
promote ckit kasut yg cantek nie..





Nie antara shoot2 aku utk hari tu..minggu ke2 shoot at Anjung Studio..
banyak lagi yg aku kena belajar..InsyaAllah 1 hari nanti aku akan capai cita2 aku untuk menjadi Model muslimah yg berjaya..
Ameen..